Tanah runtuh: Bomba jumpa selimut, peralatan perkhemahan, 9 mangsa masih hilang

Dari Penulis

ANGGOTA penyelamat menemukan selimut, tong dan peralatan perkhemahan di sektor C (Riverside) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali yang memasuki hari kelima hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Md Ismail berkata selain sektor C, pihaknya mengulangi pencarian di sektor A (Hill View) dan B (Farm View) bagi mengesan mangsa.

“Walaupun semua sektor iaitu sektor A, B dan C telah digali dan diperiksa, kami tetap akan meneruskan operasi SAR termasuk mengulangi pencarian di kawasan sama sehingga kami berpuas hati,” katanya dalam sidang media di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK) di sini hari ini.

Menurutnya cuaca baik sejak semalam membantu operasi SAR pada hari ini selain Jabatan Kerja Raya melaporkan tiada pergerakan tanah di kawasan pencarian berbanding semalam.

Setakat 4 petang tadi, sembilan mangsa masih hilang manakala 24 terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat dalam kejadian itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This