Tak tahu MB di mana sekarang – EXCO Terengganu

Dari Penulis

SEORANG EXCO memaklumkan tidak mengetahui di mana Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berada ketika ini.

EXCO Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, ini kerana pemimpin kerajaan negeri masing-masing sibuk menguruskan situasi banjir yang semakin memburuk.

Namun begitu, beliau menegaskan, Menteri Besar sudah pun turun padang lebih awal untuk membantu menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa terbabit.

“Tiada maklumat, masing-masing sibuk bertugas. Menteri Besar turun bersama di PPS Rhu Rendang dan Atas Tol. (Turun) lebih awal. Boleh buka FB beliau.

“Tidak timbul isu Menteri Besar tak turun padang membantu sebab dari awal Menteri Besar turun dan susun setiap perancangan hadapi banjir,” katanya seperti dilapor FMT hari ini.

Baca artikel lain: Perdana Menteri buat pengumuman isu banjir petang ini

Terdahulu, beberapa media mendakwa Ahmad Samsuri ketika ini berada di di Auckland, New Zealand.

Setakat pukul 2 petang tadi, mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu mencecah 40,453 orang iaitu melibatkan 11,101 keluarga.

Daerah Kemaman merekodkan jumlah tertinggi mangsa dipindahkan iaitu 9,195 orang mewakili 2,452 keluarga.

Ia diikuti Besut dengan 7,864 mangsa mewakili 2,008 keluarga; Hulu Terengganu 6,063 mangsa mewakili 2,024 keluarga; Dungun 4,930 mewakili 1,332 keluarga dan Setiu dengan 4,52 mangsa mewakili 1,246 keluarga.

Bagi daerah lain iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu serta Marang, mangsa dipindahkan masing-masing merekodkan angka di bawah 4,000 orang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This