Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat dijumpai dalam satu khemah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

EMPAT mayat mangsa tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali yang ditemukan kira-kira pukul 11 pagi tadi dijumpai berada dalam satu khemah.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut Suffian, mayat keempat-empat mangsa itu ditemukan pada kedalaman tujuh meter di Sektor C atau Riverside kawasan tragedi tanah runtuh tersebut.

Kata beliau, mayat mangsa ke-27, 28, 29 dan 30 itu ditemukan dalam keadaan sempurna tetapi sudah mula mereput.

“Perkembangan terkini pada pukul 11.04 pagi, pasukan agensi penyelamat telah berjaya menjumpai empat mayat pada kedalaman tujuh meter di Sektor C.

“Pihak penyelamat mendapati kesemua empat mayat dipercayai berada dalam satu bungkusan khemah.

“Kesemua mayat telah dibawa keluar dalam keadaan sempurna, masih lengkap berpakaian tetapi sudah mula mereput,” katanya dalam sidang media itu.

Mengulas lanjut, Suffian berkata, kesemua empat mayat itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Empat lagi mayat ditemukan, jumlah korban cecah 30

Ketika ditanya sama ada kesemua mayat berkenaan merupakan satu keluarga, Suffian memaklumkan, perkara tersebut belum dapat dipastikan.

“Kita tak dapat lagi berapa anggaran umur dan identiti mangsa terlibat.

“Tak boleh buat pengesahan awal (satu keluarga) sebab tak dapat lagi kenal pasti. Identiti kena pastikan dahulu melalui proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, petunjuk awal penemuan empat mangsa itu bermula pada pukul 10.43 pagi apabila pihaknya menjumpai kesan-kesan perkhemahan di sekitar kawasan terbabit.

Katanya, kesan-kesan perkhemahan itu ditemukan hasil korekan jengkaut dan seterusnya pihak penyelamat membawa anjing pengesan untuk mencari lokasi tepat.

Pada masa sama, Wan Md Razali berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga tiga lagi mangsa yang masih hilang dijumpai.

“Kerja-kerja SAR akan berterusan dengan anggaran ada tiga lagi mangsa. Kita memberi tumpuan di lokasi Sektor C dan A,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This