Jualan turun 60 peratus, pengasas Skin Dessert ambil tindakan guaman terhadap SIRIM

Dari Penulis

DISEBABKAN isu sekeping foto yang dimuat naik di hadapan pejabat SIRIM sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini, pengasas produk Skin Dessert, Zirra Abdullah mengakui jualan produknya menunjukkan penurunan mendadak sehingga 60 peratus.

Zirra berkata, selain produknya mengalami kesana, malah ia juga memberi impak pada emosi dan mental yang telah dialaminya.

“Dalam tempoh dua bulan ini, daripada jualan boleh cecah jutaan ringgit, kini kami cuba mampu catat jualan puluhan ribu ringgit sahaja.

“Selain itu, saya juga mendapat kecaman netizen serta mesej ugutan sehingga ada yang mahu mengancam keselamatan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sidang akhbar khas yang berlangsung, baru-baru ini.

Sebelum ini Azira telah memuat naik sekeping gambar bersama suami, Mohd Aliff Abd Kadir di hadapan pejabat SIRIM dengan kenyataan gambar mengatakan salah satu produknya Skin Desert Repairing Moisturiser sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM pada 4 Oktober lalu.

Bagaimanapun, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosial mereka menulis komen dengan memaklumkan SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

Sehubungan itu, pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap SIRIM setelah komen berkenaan memberi impak negatif kepada perniagaan mereka.

Peguam mereka, Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers berkata, kenyataan yang dibuat SIRIM menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum.

“Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai,” ujarnya.

Katanya, komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

Jelasnya lagi, ketika ini pihaknya masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022

“Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa relevan

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan...

More Articles Like This