Kementerian Pertahanan sedia tambah aset di Pantai Timur

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertahanan bersedia untuk menambah kekuatan aset dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri pantai timur bagi mempermudahkan atur gerak logistik pasukannya terutama pada musim bencana.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keperluan menambah kekuatan pasukan itu mengambil kira kekerapan bencana yang berlaku pada saban tahun di negeri terbabit.

“Kekuatan anggota dan aset kalau perlu ditambah, kita boleh tambah… kerana memang banjir di Terengganu ini khususnya, memberi kesan setiap tahun.

“Tapi buat masa ini untuk mobilisasi aset dan anggota tidaklah makan masa yang panjang. Kalau dari Melaka dan Negeri Sembilan kita boleh buat segera (gerakkan anggota dan aset),” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, hari ini.

Beliau berkata setakat ini ATM juga masih boleh menggerakkan asetnya dari 4 Briged di Pahang untuk membantu operasi di Terengganu memandangkan keperluan di sini lebih mendesak berbanding di Pahang.

Mohamad berkata jentera atau aset ATM seperti bot tempur dan lori tujuh tan sangat membantu dalam operasi bencana banjir kerana ia berupaya untuk mengakses kawasan bencana dengan lebih dalam.

“Lori tujuh tan boleh melalui kawasan yang ditenggelami air lebih satu meter, ia dapat lalu dengan mudah dan bot tempur, bot aluminium bermotor dapat masuk ke kawasan yang tidak boleh dilalui orang lain yang tidak tahu keadaan kawasan terjejas,” katanya.

Menurutnya setakat ini, secara keseluruhannya jumlah anggota dan aset ATM yang telah diatur gerak di seluruh negara adalah seramai 28 pegawai dan 539 anggota pelbagai pangkat.

Katanya 98 aset turut dimobilisasikan merangkumi 11 trak tujuh tan, 38 trak tiga tan, trak satu tan (lima), bot (22 unit) dan OBM bot (22 unit).

Baca artikel lain: Hujan lebat berterusan diramal landa Sarawak sehingga esok

Bagi Terengganu katanya, seramai 13 pegawai dan 308 anggota telah digerakkan bersama 20 trak, tujuh bot tempur dan enjin serta pelbagai peralatan tambahan perairan dan perhubungan komunikasi.

Dalam pada itu Mohamad berkata ATM akan terus memberi tumpuan sehingga operasi pascabanjir yang disifatkan sebagai lebih mencabar kerana melibatkan kerja-kerja pemulihan serta pembersihan kawasan terjejas.

Beliau turut menasihatkan mangsa yang berada di PPS untuk tidak pulang ke rumah masing-masing sekalipun air telah surut selagi tidak mendapat kebenaran daripada agensi keselamatan.

“Walaupun (mangsa banjir) gelisah nak balik tapi polis telah nasihat supaya jangan balik dulu walaupun banjir surut… Perlu hati-hati kerana ikut jangkaan dikeluarkan MetMalaysia, dikatakan hujan berterusan pada 21 hingga 25 Dis dan air pasang besar kemuncak pada 25 Dis,” katanya.

Mohamad turut berpuas hati dengan gerak kerja bantuan menyelamat yang melibatkan semua agensi termasuk daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta badan bukan kerajaan (NGO).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This