MENGAMBIL kira keluhan dan rungutan dalam kalangan rakyat, kerajaan bersetuju membuka laluan Batang Kali-Genting Highlands kepada pengguna motosikal.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, laluan itu akan dibuka semula dalam tempoh masa lebih kurang seminggu lagi.
Bagaimanapun, tegasnya, kawasan tersebut akan diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang kebenaran pembukaan laluan dikeluarkan.
“Ada jalan alternatif yang boleh dilalui namun mereka mengeluh kerana jauh.
“Mungkin akan dibenarkan tetapi perlu kajian dan penelitian terlebih dahulu supaya dipastikan selamat sebelum dibuka untuk motosikal sahaja serta berperingkat-peringkat kepada kenderaan lain selepas ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Kementerian Pertahanan sedia tambah aset di Pantai Timur
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan ke lokasi cerun runtuh di bawah Jambatan Kusial, hari ini.
Selasa lalu Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di Selangor itu dijangka mengambil tempoh selama setahun.
Menurut Nanta, masih ada pergerakan tanah berlaku di kawasan itu dalam skala dua hingga empat milimeter (mm) dan pemantauan ketat dilakukan pihak berkuasa menerusi penggera yang dipasang.
Beliau turut meminta rakyat memberi ruang kepada pasukan pakar dan KKR melaksanakan kerja-kerja bagi memastikan keselamatan dengan tidak tergesa-gesa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

