TINDAKAN licik menipu tiga syarikat pelancongan mengundang padah apabila seorang pekerja ladang dijatuhkan hukuman penjara di tiga mahkamah majistret berbeza di Kuala Lumpur, hari ini.
Memetik laporan BH Online, T Haans Raj, 22 telah dijatuhkan hukuman masing-masing setahun dengan satu sebatan selepas mengaku salah atas semua pertuduhan menipu tiga syarikat pelancongan.
Hukuman berkenaan diputuskan bermula sejak Isnin lalu iaitu hari Haans Raj ditangkap.
Perkara itu diputuskan secara berasingan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, Wong Chai Sia dan Aina Azahra Ariffin selepas tertuduh mengaku salah.
Haans Raj didakwa menipu tiga syarikat pelancongan iaitu Across Travel & Tours Sdn. Bhd.; Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. dan Sedunia Travel Sdn. Bhd.
Baca artikel berkaitan: Pukul isteri dan anak, penganggur dipenjara sembilan tahun
Lelaki itu didakwa menipu syarikat berkenaan untuk menyerahkan tiket penerbangan dengan tertuduh membuat pembayaran melalui transaksi tidak wujud iaitu jumlah keseluruhan RM26,588.
Perbuatan berkenaan membuatkan tiga syarikat berkenaan menyerahkan tiket penerbangan bernilai RM4,960; RM15,397 dan RM6,231 antara 8 Jun sehingga 16 Disember lalu di tiga lokasi berasingan di ibu negara.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta sebat atau denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tiga Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, B Sareeka dan Nur Hafiezah Mohamed Fauzi memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
Bagaimanapun, Haans Raaj memohon hukuman ringan atas alasan perlu menanggung keluarga kandung dan angkat.
“Saya hanya bergaji RM1,500 sebulan sebagai pekerja ladang di Pahang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

