DENGAN sekali lafaz, pelakon Reen Rahim,34, kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin,28, pada pukul 9.05 malam di Boraombak Marina, Putrajaya malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir,62, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.
Pasangan ini juga akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, malam esok.
Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 400 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Mereka berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum bertunang pada 12 Ogos lalu.

