Senaraikan langkah bersepadu tangani gangguan pasaran, kata Syahir kepada Rafizi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN perlu menyatakan langkah bersepadu untuk menangani segala gangguan dan ketidakseimbangan dalam pasaran.

Itu kata Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman menegur Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang menasihatkan pengguna supaya memilih penjual yang menawarkan harga lebih murah berbanding peniaga menjual barangan pada harga mahal.

Menurut Syahir, apa yang dinasihatkan Rafizi itu adalah sifir mudah iaitu konsep permintaan dan penawaran dalam sebuah pasaran yang rasional.

Bagaimanapun, kata beliau, Rafizi pastinya tahu pasaran hari ini bersifat tidak rasional dengan terdapat banyak gangguan, kejutan dan ketidakseimbangan.

“Terima kasih YB Rafizi beri nasihat kepada pengguna untuk memilih kedai yang murah berbanding kedai yang mahal.

“Dengan harapan, peniaga yang jual mahal akan menurunkan harga apabila permintaan berkurang, maka inflasi akan turut berkurang.

“Sebagai Menteri, jawapan yang lebih rasional ialah nyatakan langkah bersepadu di pihak kerajaan untuk tangani segala gangguan dan ketidakseimbangan dalam pasaran,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Rafizi tumpu basmi kemiskinan tegar, beri laporan mingguan

Mengulas lanjut, Syahir turut mempersoalkan pendirian kerajaan terhadap isu monopoli, kartel dan juga kuota.

Pada masa sama, beliau turut bertanyakan langkah kerajaan terhadap pembekal yang menyorokkan stok bekalan dan menangani kekurangan bekalan akibat musim hujan atau pun kemarau.

Syahir turut bertanyakan langkah awal kerajaan menangani kekurangan bekalan akibat permintaan yang mendadak di musim perayaan.

“Jawapan kepada semua soalan ini adalah kunci untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup yang membelenggu rakyat.

“Inilah solusi bagi menangani gangguan dan ketidakseimbangan dalam pasaran yang serba tidak rasional hari ini,” jelas beliau.

Semalam, Rafizi dilaporkan berkata, pengguna perlu berperanan menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.

Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This