Bolehkah solat sambil mendukung anak? 

Dari Penulis

Tindakan wanita itu cukup janggal dipandangan mata. Setakat pengetahuannya, solat perlu dilakukan mengikut tertib mengikut rukun dan syarat-syarat sah solat. Tetapi apabila ada yang solat sambil mendukung anak kecil, tidakkah itu boleh merosakkan solat tersebut.

Menjawab persoalan itu, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Shauqi Othman menjelaskan, harus mendukung anak ketika solat sekiranya keadaan memerlukan dan bergantung pada situasi mengikut kepentingan.

Walaupun begitu, ujarnya, tidak ada syarat yang menetapkan bila boleh dilakukan solat cara ini. Sekali gus bermaksud, solat sambil mendukung anak boleh dilakukan pada setiap kali solat. Namun jika perbuatan seumpama itu boleh mengurangkan khusyuk dalam solat, mungkin wajar untuk dielakkan.   

Apa pun ujar Dr. Shauqi, keharusan ini berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w yang pernah mendukung cucunya, Umamah iaitu anak kepada Zainab ketika Rasulullah menunaikan solat. Ini jelas sebagaimana yang diceritakan melalui  sebuah hadis,

Apabila rukuk, Baginda akan meletakkan cucunya di bawah dan apabila bangun, Baginda akan mendukung cucunya kembali.” (HR Bukhari dan Muslim).

Disokong lagi dengan sebuah hadis daripada Abdullah bin Syidad daripada ayahnya berkata,

Pada suatu ketika Rasulullah keluar untuk solat siang, Zuhur atau Asar. Baginda membawa cucunya, Hasan dan Husein, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkannya, kemudian mengangkat takbir (untuk solat). Seterusnya, Baginda pun sujud dan sujud itu sangat lama sekali hingga aku terangkat kepalaku. Rupa-rupanya aku lihat cucu Baginda itu berada di atas belakang Rasulullah, maka aku pun kembali sujud.

“Setelah selesai solat, para jemaah di belakang bertanya, “Ya Rasulullah, tadi sangat lama sekali anda sujud hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan.” Ujar Baginda, “ Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggunya hingga dia merasa puas bermain.” (HR Ahmad, Nasa’i dan Hakim)

Perbuatan solat sambil mendukung anak mahupun ketika anak kecil memanjat atas bahu tetap ada syarat-syaratnya. Solat seseorang dikira sah apabila memenuhi beberapa syarat sah solat yang mana mesti berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas dan najis. Ini bermakna anak kecil tersebut perlu berada dalam keadaan yang bersih dari najis sepanjang tempoh mengerjakan solat.

Pesannya, arah kiblat juga perlu diambil kira. Diingatkan agar tidak berpaling ke arah selain kiblat sekiranya anak tersebut turun dari dukungan dan pergi ke mana-mana arah. Apabila usaha untuk mendapatkan anak itu kembali hingga terpaksa berpaling ke arah selain kiblat, maka ia membatalkan solat. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah: 144,

Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya“. Wallahu a’lam

_________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This