Ubah pucuk pimpinan UMNO tak kembalikan kepercayaan rakyat

Dari Penulis

MENUKAR pucuk pimpinan tidak akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali diterima rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, apa yang diperlukan sekarang menunjukkan prestasi kerja baik di dalam kerajaan.

Selain, membuktikan keberadaan mereka di dalam kerajaan memberi impak kepada pentadbiran negara, katanya lagi.

“Naratif Perikatan Nasional (PN) yang suci dan bersih perlu dirungkai. Apakah ia hanya mitos atau realiti?

“Mereka sebelum ini tak buat apa-apa perubahan atau tidak menunjukkan sebarang prestasi yang hebat pun menerima sokongan ramai kerana naratif itu,” katanya seperti dilapor FMT.

Baca artikel lain: Harimau Malaya enggan bertandang ke Vietnam sia-sia

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, berbanding PN yang memperolehi 74 kerusi.

Ahmad Shabery turut menegaskan perubahan pucuk pimpinan tidak mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

“Paling penting bagaimana pucuk pimpinan terutama yang berada dalam kerajaan hari ini dilihat bekerja dan memberi impak.

“Mereka mesti menunjukkan impak setelah negara hilang masa keemasan empat tahun yang lalu, dari segi ekonomi dan pelbagai reformasi institusi bagi mewujudkan kerajaan yang lebih telus dan baik.” katanya.

Beliau menambah, Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu kelak akan menjadi kayu ukur sejauh mana peranan BN dalam Kerajaan Perpaduan dapat menyakinkan pengundi, khususnya orang Melayu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This