Tidak pertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan, UMNO akan dilabel parti diktator

Dari Penulis

PARTI diktator. Itu kemungkinan label orang ramai terhadap UMNO sekiranya usul dua jawatan tertinggi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 tidak dipertandingkan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perlis, Noor Hairi Noor Mohammed berkata, UMNO malah akan dianggap sebagai parti yang tidak lagi mengamalkan demokrasi jika usul itu benar-benar diluluskan.

Tegas Noor Hairi, jika ada usaha untuk menyekat amalan sedemikian benar-benar berlaku, maka ia pasti akan membawakan kesan buruk kepada UMNO.

Tambah beliau, perebutan kerusi nombor satu parti itu perlu diadakan supaya suara akar umbi dapat diterjemahkan dalam bentuk undi dan ia sekali gus membuktikan keabsahan jawatan Presiden itu sendiri.

“Presiden ketika ini sering berkata, jika hendak bersuara perlu melalui jalan yang sepatutnya antaranya ialah di Perhimpunan Agung UMNO.

“Tetapi beliau sendiri tidak mengikut apa yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO, jadi pada pandangan saya beliau tidak layak lagi untuk memimpin UMNO, apatah lagi ingin mengemukakan usul jawatan presiden tidak dipertandingkan,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Baca lagi: Cadangan tidak mempertandingkan jawatan Presiden perlekeh kebolehan Zahid Hamidi – Nadhirah

Terdahulu, ramai pemimpin UMNO menggesa agar semua jawatan di setiap peringkat dalam parti dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.

Ia termasuk Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This