Cadangan tidak mempertandingkan jawatan Presiden perlekeh kebolehan Zahid Hamidi – Nadhirah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

CADANGAN segelintir pemimpin UMNO agar jawatan Presiden tidak dipertandingkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 dilihat sebagai memperlekehkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang, Nadhirah Afiqah Abdull Rahim berkata, Ahmad Zahid telahpun membuktikan kebijaksanaan beliau dengan memastikan parti keramat Melayu itu berada dalam kerajaan walaupun hanya memenangi 26 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tambah Nadhirah Afiqah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mempunyai darah pahlawan dengan kejayaan mendapatkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri yang pernah disandang sebelum ini.

“Dengan rekod pencapaian ini, adalah mustahil beliau akan berasa gentar untuk menghadapi apa-apa cabaran dalam pemilihan parti malah pastinya akan mempertahan dan melindungi asas demokrasi dalam UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Zahid tegur pemimpin bercuti ketika banjir melanda

Mengulas lanjut, Nadhirah Afiqah berkata, kenyataan yang dikeluarkan beberapa pemimpin UMNO agar jawatan-jawatan utama dalam parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada tahun hadapan adalah satu tindakan membodek.

Tegas beliau, kenyataan itu bukan mewakili pendirian tiga juta ahli UMNO di seluurh negara yang mahu melihat demokrasi dalam UMNO dihidupkan dan disuburkan semula.

“Hal ini lebih-lebih lagu selepas penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum ini bagi memberi laluan kepada PRU15.

“Jika sebelum ini alasan penangguhan pemilihan adalah disebabkan tidak mahu berlaku perpecahan menjelang PRU15, justeru usai PRU15 seharusnya proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO ini dihormati dan dipatuhi,” katanya.

Terdahulu, terdapat ura-ura bahawa suatu usul akan dibawa dalam PAU 2022 agar beberapa jawatan utama dalam UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada tahun hadapan.

Kenyataan serupa juga telah disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian terutamanya bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This