Lelaki ada masalah mental rosakkan kubur ditahan

Dari Penulis

POLIS menahan seorang lelaki yang memiliki sejarah masalah mental hari ini, kerana disyaki menceroboh dan merosakkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim yang berusia lebih 100 tahun, di Sibu Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Jalan Channel di sini kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan dirujuk ke wad psikiatri Hospital Sibu.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kira-kira 1.58 tengah hari Sabtu lepas dan siasatan awal mendapati 11 lot kubur dengan batu nisannya dicabut dan patah manakala empat lot lagi mengalami kerosakan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan di tempat-tempat perkuburan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid menerusi talian 011-31873715. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This