MAYAT seorang lelaki dalam keadaan tangan dan kaki diikat ditemui di tepi Jalan Bestari Jaya – Rawang menghala ke Bestari Jaya, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada pukul 11.40 pagi tadi.
Beliau berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, unit forensik serta unit anjing pengesan dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Siasatan mendapati mangsa adalah seorang lelaki berbangsa India berusia 40-an dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Polis buru sekumpulan lelaki merusuh di pusat hiburan Taman Ekoflora, JB
Jelasnya, terdapat kesan kecederaan luka parah pada bahagian atas kepala mangsa.
Zainal Mohamed berkata, mangsa yang ditemui berpakaian lengkap berbaju-T berwarna merah hati dan seluar pendek warna hitam telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan suspek yang terlibat serta motif kejadian masih dalam siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R. Kolanthaivelu di talian nombor 03-61262222 atau 0192579232.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

