TAKTIK sindiket curi kereta menyamar sebagai penjual buah terbongkar selepas mereka ditahan dalam empat serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, sindiket dikenali sebagai ‘Geng Harrier Putih’ itu menyasarkan pelbagai kenderaan berdasarkan permintaan.
“Hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Serdang berjaya menangkap empat orang suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini.

Anbalagan berkata, hasil siasatan mendapati suspek pertama dan kedua berperanan sebagai ‘striker’ yang akan melarikan kenderaan manakala suspek ketiga serta keempat bertindak memantau keadaan sekitar.
Katanya, mereka menyasarkan kenderaan yang diletakkan di luar kawasan perumahan dan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) serta Transit Aliran Massa (MRT) pada waktu siang.

Katanya lagi, pihak polis masih memburu dalang utama geng berkenaan yang akan berhubung dengan pemilik bengkel dan pelanggan yang berminat membeli kenderaan terbabit.
Baca artikel lain: KPWKM nilai hukuman tegas terhadap pesalah kes dera
Sementara itu, dalam kes lain, Anbalagan berkata, pihaknya berjaya menahan empat penagih dadah yang menjual bahan terlarang itu secara kecil-kecilan dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Rabu lalu.
Katanya, ketika serbuan, polis menemui dadah dan sepucuk pistol revolver jenis Smith & Wesson bersama tujuh butir peluru hidup.

“Pistol dan peluru ditemui di dalam poket seluar suspek pertama yang juga dalang kumpulan berkenaan manakala dadah seberat 33.55 gram (g) ditemui di atas meja biliknya.
“Modus operandi yang dijalankan suspek adalah menjalankan perniagaan dadah di sekitar kawasan daerah Serdang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

