Polis buru sekumpulan lelaki merusuh di pusat hiburan Taman Ekoflora, JB

Dari Penulis

POLIS kini memburu sekumpulan lelaki yang terlibat dalam insiden rusuhan di dalam sebuah pusat hiburan dekat Taman Ekoflora, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat video tular memaparkan aksi suspek merosakkan beberapa harta benda pada 11.30 malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada anggota Balai Polis Setia Indah pada 1.37 pagi tadi.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang polis dibuat.

“Polis kini masih menyiasat punca kejadian, tarikh dah masa sebenar insiden terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Tiga lelaki ditahan merusuh dekat stesen minyak Taman Kota Masai

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sebarang maklumat boleh berhubung Pegawai Penyiasat Inspektor Tuan Muhammad Fadzil Tuan Wil di talian 01140678218.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This