DUA syarikat yang terlibat dlaam pengambilalihan pengurusan Menara KL memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat ‘palsu dan fitnah’ di media sosial.
Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKL) dan Hydroshoppe Sdn Bhd berkata, kedua-dua syarikat itu memandang serius penyebaran maklumat yang tidka benar mengenai isu tersebut.
“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang terlibat di mana kami akan menuntut kerugian dan kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan bersama.

MKL dan Hydroshoppe juga berkata, mereka akan berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Digital untuk untuk menjelaskan isu tersebut.
“Kami menekankan bahawa segala urusan berkenaan MKL dilakukan dengan telus dan menerusi prosedur yang ditetapkan,” katanya.
BERITA BERKAITAN Tiga individu dipanggil isu pengambilalihan Menara KL – SPRM
Syarikat itu juga menggesa pengguna media sosial berhenti berkongsi dan menyebarkan maklumat palsu dan membuat kenyataan fitnah serta spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi kedua-dua syarikat itu.
Sebelum ini, timbul persoalan mengenai pengambilalihan MKL, yang menguruskan menara itu oleh Hydroshoppe, termasuk kurangnya hebahan awam.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau akan meneliti pengambilalihan itu, manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah pula membuka siasatan mengenai perjanjian tersebut.
Bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa menafikan terbabit dalam meluluskan tender konsesi pengurusan dan operasi baharu Menara KL.
Bangunan menara itu dimiliki oleh kerajaan, manakala operasi dan pengurusannya diserahkan kepada MKL, sebuah anak syarikat Telekom Malaysia, sejak 1996.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

