Meraque sedia takluk pasaran Asia Tenggara, tawar pemeriksaan infrastruktur telekomunikasi melalui dron

Dari Penulis

MERAQUE Services Sdn Bhd (Meraque) mengumumkan syarikat tersebut telah memulakan usaha bagi memperluaskan kedudukannya di pasaran Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang. Syarikat penyelesaian automasi itu menyatakan usaha itu dapat dilihat melalui projek pemeriksaan perintis yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu untuk sebuah syarikat infrastruktur telekomunikasi di Filipina.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik, Meraque telah menubuhkan pasukan untuk melaksanakan perkhidmatan audit tapak telekomunikasi melalui pengawasan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Misi penerbangan automatik tersebut sedang dijalankan di sekitar beberapa tapak utama projek, merentasi pelbagai wilayah di Luzon Selatan, Filipina termasuk Mindanao, Visayas, Metro Manila dan Palawan.

Melalui pemantauan menggunakan UAV, satu laporan analitik boleh dihasilkan secara automatik menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kemudiannya akan dilaporkan kepada syarikat telekomunikasi tersebut.

Data yang dijana melalui laporan tersebut kemudiannya boleh digunakan oleh pelanggan untuk membuat sebarang keputusan yang terbaik untuk perniagaan. Di dalam projek perintis tersebut, Meraque akan mengawasi lebih 3,100 menara telekomunikasi di seluruh Filipina.

Kecanggihan perisian AI Meraque pula mampu membolehkan dron melakukan pembacaan serta pengumpulan data secara automatik dari menara di tapak telekomunikasi, selain daripada melakukan pemeriksaan peralatan melalui kamera beresolusi tinggi dan seterusnya membantu syarikat membuat rancangan naik taraf untuk masa hadapan. 

Teknologi inovatif Meraque akan membolehkan syarikat telekomunikasi memantau menara, keupayaan untuk berinteraksi, memeriksa, mensimulasikan, meramal dan meningkatkan prestasi menara dari jauh, tanpa kehadiran kakitangan secara fizikal di setiap tapak.

Kini, semakin banyak syarikat telekomunikasi mencari penyelesaian yang dikuasakan dron untuk memantau infrastruktur dan tapak telekomunikasi mereka. Dengan kebanyakan tapak telekomunikasi terletak sama ada di kawasan luar bandar atau kawasan dengan rupa bumi kasar seperti di atas bukit yang dikelilingi pokok atau di atas bangunan, dron mampu menjadi penyelesaian kepada masalah akses ke kawasan tersebut.

Dron Meraque mampu terbang di kawasan yang lebih luas untuk melaksanakan tugas yang ditentukan – sama ada untuk mengumpul data atau mengesan kerosakan peralatan yang terdapat pada menara yang dipantau. Ia juga merupakan penyelesaian yang ideal kerana pemeriksaan melalui dron tidak akan mengganggu prestasi menara, perkhidmatan terpaksa dihentikan atau mempertaruhkan nyawa pekerja penyelenggaraan yang terpaksa memanjat platform tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Meraque, Md. Razalee Ismail berkata: “Mengakhiri 2022 dan mengimbau kembali prestasi tahun ini, kami telah mencapai keputusan perniagaan yang memberangsangkan. Pada tahun ini, Meraque berusaha untuk  mengembangkan perniagaan ke peringkat global dan menambahbaik keupayaan teknologi syarikat.

“Rancangan kami adalah untuk — menembusi pasaran Timur Tengah dan Afrika, serta memperkukuh kedudukan di Asia Tenggara — yang akan memperkuatkan komitmen kami dalam mencapai misi syarikat.”

Pelan pengembangan Meraque ke Indonesia dan Kemboja pada 2023 juga sedang berjalan dengan lancar melalui perkongsian strategik yang akan diumumkan tidak lama lagi. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, syarikat berharap dapat menjalankan pemeriksaan menggunakan dron ke atas lebih 20,000 menara telekomunikasi di seluruh Asia Tenggara, India dan Nepal.

BERITA BERKAITAN Meraque perkenal RACE, AGV pertanian pertama Malaysia

Meraque juga sedang berbincang dengan syarikat yang berpangkalan di Filipina dengan potensi mengambil alih syarikat tersebut atau menjalin usaha kerjasama.

“Meraque kini berada di puncak industri yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan kami sangat teruja untuk memperluaskan penguasaan pasaran. Teknologi dron mempunyai banyak potensi yang berupaya mengubah operasi industri telekomunikasi. Kami berharap untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat di seluruh Asia Tenggara serta dunia untuk benar-benar mengubah industri infrastruktur telekomunikasi dan seterusnya membentuk masa depan sektor rangkaian,” tambah Md Razalee.

Meraque telah meningkatkan aplikasi teknologi dronnya yang ditawarkan bersama-sama dengan perisian-sebagai-perkhidmatan. Pembangunan teknologinya tertumpu kepada dron hibrid untuk pertanian, perisian perusahaan dan penyelesaian perkakasan untuk pengurusan ladang sawit serta penghantaran dron komersial.

Meraque menambah perkhidmatan pemeriksaan infrastruktur telekomunikasi pada awal tahun 2023. Meraque juga menggunakan dron bersama-sama dengan Precision Agriculture Software Solution (PASS) miliknya sendiri bersama kenderaan darat autonomi (AGV) dikenali sebagai ‘Robotic Agro in Complex Environment (RACE)’ untuk mengurangkan pergantungan tenaga kerja dan menambah baik konsistensi kerja-kerja penyemburan baja di ladang kelapa sawit.

Meraque kini berada dalam kedudukan ke-18 sebagai penyedia perkhidmatan teknologi dron terbaik dunia pada tahun 2022 seperti yang dinyatakan oleh Drone Industry Insights, perunding Penyelidikan Pasaran yang berpangkalan di Jerman. Industri teknologi dron telah menyaksikan peningkatan ketara dengan pasaran dron global diramalkan mencapai AS$41.3 bilion pada 2026, menurut  Drone Market Report 2021-2026. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This