Jakel Shah Alam hampir musnah, terbakar 80 peratus

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GEDUNG tekstil terkenal, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang menyaksikan 80 peratus bahagian kedai berkenaan hangus.

Kebakaran rumah kedai tiga tingkat di Seksyen 7, Shah Alam tu dilaporkan berlaku pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Kata beliau, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

Baca artikel berkaitan: Pemandu, kelindan nyaris maut selepas lori bawa muatan kerusi terbakar

“Setibanya di lokasi anggota bomba bertindak pantas cuba memadamkan api dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal api.

“Bahagian dalam Jakel Shah Alam itu musnah terbakar dengan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam memaklumkan pihaknya ketika ini masih sedang melaksanakan operasi pemadaman bara api pada timbunan kain.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This