KERAJAAN diharap dapat mengambil langkah segera untuk memastikan rakyat selamat daripada jangkitan varian baharu COVID-19 yang dikesan di beberapa buah negara.
Saranan itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan sempena Tahun Baharu 2023.
Dalam kenyataan yang dimuat naik ke Facebook itu, Muhyiddin turut menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung cara menghindari jangkitan COVID-19 termasuk keperluan mengambil suntikan dos penggalak.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Pagoh itu turut berharap kerajaan dapat segera melaksanakan langkah meringankan beban rakyat.
Kata beliau, perkara itu penting lebih-lebih lagi dalam menghadapi suasana ekonomi yang dijangka lebih mencabar tahun hadapan.
“Golongan yang miskin semakin bertambah akibat kesempitan hidup dengan lebih 60 peratus penduduk negara kita sebenarnya tergolong dalam kumpulan miskin dan berpendapatan rendah.
“Mereka memerlukan pembelaan segera daripada kerajaan.
“Saya menggesa supaya Perdana Menteri segera memberi tumpuan kepada perkara penting ini menerusi langkah-langkah yang mesti diputuskan Majlis Kos Sara Hidup Kebangsaan dan dilaksanakan agensi-agensi kerajaan berkaitan,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel berkaitan: Malaysia bukan tempat pemimpin gondol kekayaan – Anwar
Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023, Muhyiddin dan keluarga turut mendoakan semua pihak diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam mengejar azam serta impian masing-masing.
Beliau juga berdoa semoga negara dilindungi daripada sebarang musibah dan rakyat dapat menjalani kehidupan dalam keadaan aman, selamat serta sejahtera.
“Saya sendiri sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT buat diri saya dan keluarga. Perjalanan hidup saya seperti anda juga tidaklah selalunya senang. Banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi. Semua liku-liku hidup yang dilalui itu sebenarnya mendewasakan kita.
“Segala kesukaran yang kita alami semalam menjadi bekalan untuk memperkuatkan semangat menghadapi hari esok dengan lebih berjaya. Yang penting jangan putus asa dalam menggapai impian kita.
“Terutama sekali anak-anak muda yang masih mempunyai perjalanan hidup yang jauh. Yakinlah dengan potensi diri dan sentiasalah berusaha untuk memperbaiki pencapaian anda. The sky is your limit. You can achieve anything if you want to,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

