KERAJAAN Persekutuan perlu mempunyai tekad politik sama seperti dilakukan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak memperbaharui lesen premis judi di negeri itu.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya berkata, kerajaan tidak sewajarnya berbangga dengan penurunan cabutan undi sahaja.
Kata beliau, ia kerana premis judi masih dibiarkan membelenggu masyarakat di negara ini.
Ahmad menegaskan, kerajaan perlu mengetengahkan dasar yang mendidik rakyat dalam necara manusiawi yang betul-betul berpandukan agama.
“Dewan Ulama Pas Pusat yakin dan percaya bahawa tidak ada dapatan yang menunjukkan aktiviti perjudian boleh membawa masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan. Ia hanya ilusi ibarat sebuah fatamorgana.
“Bahkan, lebih malang aktiviti perjudian sebaliknya membawa kepada keruntuhan moral serta mengganggu keharmonian dan masyarakat.
“Justeru, pelaksanaan dasar yang tegas terhadap judi wajar dilaksanakan tanpa syarat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah atas ketegasan menghapuskan lesen perjudian di negeri itu berkuat kuasa semalam.
Baca artikel berkaitan: Alang-alang hapuskan terus judi, ada berani? – Pas
Jelasnya, pelaksanaan dasar itu sekali gus memenuhi sebahagian daripada tuntutan al-Quran sendiri yang mencegah umatnya daripada najis judi.
Beliau berkata, tindakan sedemikian menjadikan Kedah negeri ketiga selepas Kelantan dan Terengganu yang menamatkan lesen perjudian di bawah kerajaan negeri yang ditadbir Pas.
“Diharapkan dasar ini berterusan dan najis judi tidak lagi bertapak di bumi Jelapang Padi.
“Di sebalik pelbagai reaksi yang meragui kemampuan negeri meneruskan kelangsungan akibat penutupan premis judi ini, Kedah mendapat pelaburan tertinggi dalam sejarahnya sepanjang tahun 2021, menghasilkan deretan projek mega berimpak tinggi selain berjaya menghasilkan ratusan ribu peluang pekerjaan di negeri itu.
“Alhamdulillah, satu pintu kerosakan ditutup, jutaan pintu keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah dibuka. Inilah tunjang keberkatan daripada Yang Maha Esa. Insya-Allah,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

