Wanita patah kaki kiri dalam kemalangan dua kenderaan

Dari Penulis

SEORANG wanita patah kaki kiri dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah kenderaan dekat lampu isyarat berhampiran Kompleks Sukan Pandamaran, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.09 petang.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan kereta Proton Prima yang dinaiki lima beranak dengan sebuah pacuan empat roda (4X4) jenis Toyota Hilux.

Katanya, bomba tiba empat minit kemudian dan mendapati pemandu Toyota Hilux tiada di lokasi kejadian dan dipercayai menghilangkan diri.

Baca artikel : Pemandu Civic lawan arus sebabkan 3 cedera dalam kemalangan direman polis

“Kemalangan terbabit menyebabkan dua mangsa tersepit di tempat duduk penumpang belakang manakala tiga lagi mangsa berjaya keluar sebelum bomba tiba.

“Seorang mangsa yang dikenali sebagai Jariaa Abdul Rajak, 50 mengalami cedera parah patah kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Mohd Affendy Abd Aziz, 59, Arisha Mohd Affendy 26, Adreen Mohd Affendy 28, dan Adam Mohd Affendy 22 mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC arah telco tingkat liputan di Kampung Tinagat selepas aduan penduduk

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kualiti liputan komunikasi...

More Articles Like This