Lembu oh lembu…jalan raya sekitar Dengkil jadi tempat lepak, PBT berdiam diri

Dari Penulis

RUANGAN ‘Apa Dah Jadi” UtusanTV kali ini memaparkan masalah lembu berkeliaran di tepi jalan sehingga ada yang mengancam lalu lintas di daerah Dengkil, Sepang dan boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, pengguna Twitter Azwan Muhamad @azwandengkil berkongsi video pelanggaran sebuah kereta dengan lembu di jalan tersebut yang menyebabkan kerosakan teruk kepada kereta.

Katanya, : “Masalah lembu berkeliaran di sekitar Dengkil semakin merunsingkan. Malam tadi kejadian di Jenderam Hilir. Mohon tindakan segera YAB @AmirudinShari.”

Azwan seterusnya menulis kejadian di Kampung Dato Ahmad Razali Dengkil menyebabkan penduduk kampung terpaksa memanggil polis untuk memantau keadaan keran sekumpulan lembu merayau-rayau berhampiran jalan raya yang dilepaskan tanpa pengawasan oleh tuannya.

“Bangkai lembu masih ada lagi di tepi jalan. Pemilik lembu sudah pasti takkan mengaku itu lembu peliharaannya,” Tweet Azwan lagi menunjukkan tiga ekor lembu mati selepas berlaku pelanggaran denga sebuah kereta.

BERITA BERKAITAN Resipi kalio hati lembu

“Dah masuk surat khabar. Moga ada penyelesaian tuntas dari pihak berwajib. Jangan biarkan hidup kami dibelenggu ketakutan akibat lembu,” kata MohdFaizalHassan@f4izalhassan dalam tweeternya.

SirRizal@beemer1902 turut bertanya soalan: “Boleh ke ‘call’ (telefon) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Untuk angkut lembu kambing yang merayau merata ni?”

Azwan menjawab “Kalau orang awam yg call (membuat aduan) memang lambat la tindakannya.”

“PBT tidak berbuat apa-apa walaupun telah menerima bonus dua bulan baru-baru ini.”, kuehmueh@ragegeram memberi komen.

“PBT SEPANG jangan hanya pandai towing (menarik) kereta dekat Cyberjaya”, kata Raaj@mraaj89

AZ@Azizolofficial berkata, beliau ada membuat aduan mengenai masalah jalan di PBT Kajang dan tindakan yang diambil agak cepat.

Zack@AzahaZu memaklumkan: “Saya dah buat aduan sbb kawasan tu kelapa sawit, jadi binatang dari ladang tu banyak keluar dan jalan (raya pula) gelap macam zaman 1950an…tp tiada tindakan pihak @MPSepang yb@AmirudinShari
& yb @al_jundiathirah

Jadikan ruangan ‘Apa Dah Jadi?’ UtusanTV sebagai platform aduan mengenai sebarang masalah anda.
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo “Apa Dah Jadi?”
Langkah 3: Isi borang yang disediakan dan ‘Submit’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Pulanglah Farisha… kami sekeluarga rindu’ – Abang buntu cari adik hilang sejak awal Jun

“PULANGLAH Farisha… kami sekeluarga rindu dan sayangkan Farisha”. Demikian luahan seorang abang yang sedang mengesan keberadaan adik bongsunya berusia 18...

More Articles Like This