KEPERLUAN untuk segera menangani gejalan Islamofobia seccara tuntas antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sarjana dan pemikir tempatan luar negara.
Menurut Perdana Menteri, antara sarjana dan pemikir luar negara yang bertemu dengannya adalah dari Azerbaijan, Bosnia, England dan Turkiye.
Katanya, perbincangan yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut mengupas pelbagai perkara terkait permasalahan umat yang kian meruncing.
“Pandangan kami senada melihat keperluan untuk segera menanganj gejala Islamofobia secara tuntas dan berkesan dengan merangkul usaha pelbagai pihak bagi meluruskan persepsi yang berakar daripada xenofobia dan kejahilan, di samping memperbetul kaedah pengajaran Islam.
“Usaha memupuk empati dan persefahaman antara agama dan budaya berbeza harus terus dimantapkan dan akan didukung Kerajaan.
“Sekalung penghargaan kepada pemikir Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS), International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan ISTAC-IIUM atas kerja keras memastikan usaha bersama ini tidak sekadar berlegar dalam forum atau persidangan, tetapi mengambil langkah konkrit berdepan dengan sistem menerusi pendidikan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

