ISU vape atau rokok elektronik (e-rokok) mengancam kanak-kanak negara ini terus mendapat perhatian. Sering kali dapat didengar berita mengenai remaja yang terpaksa ditebuk paru-paru mereka kerana diserang masalah sakit berkaitan pernafasan akibat vape.
Ketagihan vape bukan hanya melibatkan remaja tetapi juga kanak-kanak seawal usia setahun yang menghisap vape dalam bentuk pod setelah diberikan oleh ibu atau bapa mereka secara suka-suka.
Sehubungan itu, tidak hairanlah Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) melaporkan kes keracunan vape atau e-rokok terutamanya melibatkan kanak-kanak berumur di bawah lima tahun sejak 2019 telah meningkat dengan ketara.
Ruangan ‘Apa Dah Jadi’ UtusanTV minggu ini memaparkan mengenai aduan orang ramai mengenai masalah penjualan vape dalam kalangan kanak-kanak yang sangat membimbangkan.

Vape bukan sahaja didatangkan dengan nikotin dengan pelbagai perisa yang berbau harum tetapi juga bentuk yang kecil dan menarik bagi menarik pengguna, terutama kanak-kanak.
Jika diajukan kepada pengeluar atau penjual vape, mereka akan mengatakan tidak akan menjual vape kepada kanak-kanak tetapi kita sendiri dapat melihat bagaimana berleluasannya pelajar selepas sekolah dan kanak-kanak menghisap vape secara individu atau berkumpulan.
Terbaru seorang pemilik Twitter menunjukkan bagaimana sebuah syarikat pengeluar vape mengeluarkan produk mereka dengan bekas atau pod yang mempunyai reka bentuk sangat menarik dengan hiasan kartun.
Public Health Malaysia dalam Twitternya memberi amaran: “Hati hati ya.. barang yang kelihatan seperti mainan kanak kanak ini sebenarnya adalah rokok elektronik. Memang muak sangat dengan alasan peniaga vape tetapi produk mereka datang dengan pakej lengkap untuk menarik minat kanak kanak. “
Vape kini didatangkan dengan:

- Rekabentuk yang menarik kanak-kanak
- Pelbagai perisa yang kanak-kanak suka
- Iklan dan promosi berleluasa
- Harga murah dan mudah dibeli di mana mana.
“In Malaysia semua jadi,” kata badan tidak berasaskan keuntungan berkaitan kesedaran kesihatan tersebut.
Fahmi Hassan RPh@Fahmibinhassan dalam Twitternya menyatakan” Industri vape berkata: kami nak bantu perokok berhenti, bukan nak jual kepada kanak kanak, remaja dan bukan perokok.
Sebaliknya, “Tapi buat vape yang menarik minat kanak kanak, remaja, dan bukan perokok.”
“Setakat ini, cecair nikotin je yang boleh diambil tindakan guna akta racun. Tapi pun banyak pemain industri dilindungi atas sebab ekonomi. Nak jual pod, cecair tanpa nikotin, iklan berleluasa semua tak ada akta boleh kawal,” kata @syawal
dan @Kelvinyii88 mengulas mengenai kenyataan Fahmi.
Seorang lagi pengguna Twitter I.@i_i2606 berkata: “KPM kena ambik serius isu ini. Dah jadi barah lagi2 dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Cikgu disiplin, cikgu2 tak menang tangan. dlm sekolah boleh sekat lagi. keluar je pagar sekolah…”
Shafiq Rahman@shafiq1409 berkata, “Trend yang sangat merisaukan. Merata-rata sekarang ni boleh nampak budak sekolah, remaja lelaki & perempuan hisap vape secara terbuka tak cover² dah. Kalau dah design mcm ni , budak-budak pun minat nak (try) tengok.”
Nota: Pembaca yang mempunyai sebarang aduan atau rungutan mengenai sebarang isu atau masalah setempat, boleh membuat aduan kepada UtusanTV melalui ruanga ‘Apa Dah Jadi’.

