Pekerja syarikat sekuriti curi RM5,000 dari mesin ATM ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan polis kurang 24 jam selepas mencuri wang tunai daripada sebuah mesin teler automatik (ATM).

Kejadian dilapor berlaku di sebuah bank di Kampus Universiti Selangor, Bestari Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan daripada rakan sekerja suspek pada 11.40 malam kelmarin.

Beliau berkata, pengadu mendapati satu “seal casset” bahagian bawah dan kaset wang ditolak dalam keadaan terbuka serta tidak mempunyai wang di dalamnya ketika membuat pembaikian kerosakan ATM.

“Pengadu mengesyaki wang di dalam mesin telah dicuri dan membuat laporan mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Lelaki ditahan kurang 24 jam selepas ragut warga emas

Ramli berkata, siasatan telah dijalankan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan di kawasan Kundang pada 1.45 pagi semalam.

Katanya, turut dirampas wang tunai bernilai RM5,000 dan suspek direman sehingga Khamis bagi siasatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This