Bekas setiausaha politik Anwar dilantik jadi Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd

Dari Penulis

BEKAS setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Farhash Wafa Salvador telah dilantik menjadi Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd berkuat kuasa pada Selasa.

Farhash menggantikan Pengerusi terdahulu, Robin Tan Yeong Ching yang dilaporkan telah meletak jawatan untuk meneruskan minat lain.

Tan, anak kepada pemegang saham utama 7-Eleven, taikun Vincent Tan Chee Yioun dengan 41.8 peratus kepentingan, dilantik ke lembaga pengarah kumpulan itu sebagai Pengerusi, Pengarah Bukan Eksekutif bukan bebas pada 25 Nov 2021.

7-Eleven dalam kenyataan berkata, Farhash membawa pengalaman bernilai lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan khidmat nasihat.

Baca lagi: Amirudin jumpa Anwar, bincang pembangunan negeri, tebatan banjir

“Dalam bidang perniagaan, kerjayanya yang cemerlang merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan, teknologi, hotel, makanan dan minuman.

“Beliau juga ialah pendorong yang menggalakkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini,” jelasnya.

Beliau kini menganggotai lembaga penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berkembang maju dalam menghimpunkan, mencipta dan membangunkan syarikat-syarikat mampan dengan ciri keusahawanan yang kukuh.

Beliau juga pengerusi eksekutif kumpulan Apex Equity Holdings Bhd dan pengarah Berjaya Construction Bhd.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pelekat logo halal atas meja: MBPP telah beri nasihat, amaran tak guna logo tanpa kelulusan

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan amaran peniaga gerai burger di sebuah medan...

More Articles Like This