EMPAT ahli Parlimen dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menghantar surat jawapan kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung isu dakwaan kekosongan empat kerusi Parlimen oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perkara itu telah disahkan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyerahkan kepada Speaker untuk membuat keputusan lanjut mengenainya.
“Mereka (Bersatu) sudah menghantar petisyen dan pihak kita yang empat orang ahli Parlimen itu juga telah menghantar jawapan atau petisyen kepada Speaker.
“Saya yakin Speaker akan buat keputusan yang terbaik kerana mereka sebenarnya sudah memenuhi (syarat) bahawa mereka tidak terlibat dalam Akta Anti Lompat Parti ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Baca lagi: Johari ada kuasa penuh tentukan nasib 4 Ahli Parlimen Bersatu – Shamrahayu
Terdahulu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memaklumkan Bersatu telah menghantar notis kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat menurut Perkara 49A(3) kepada Speaker Dewan Rakyat.
Notis itu bagi memastikan bekas empat ahli Parlimen Sabah Bersatu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di bawah logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengosongkan kerusi mereka.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan parti baharu yang akan disertai bekas ahli Bersatu, Hajiji yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah berkata, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Kamu tunggu saja dalam masa terdekat ini, kita akan umumkan nanti,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

