Penggunaan dron dilarang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

ORANG ramai diingatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa semasa persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed menegaskan, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah kawasan larangan menerbangkan dron pada waktu tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang ingkar kepada arahan larangan selaras dengan peruntukkan Peraturan 143 (Peraturan Penerbangan Awam 2016).

“Selain itu, mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Aidi Sham menasihati orang ramai agar tidak panik atau cemas apabila terdengar tembakan meriam yang merupakan salah satu pengisian dalam majlis sambutan.

Baca artikel lain: Pesawat terhempas di Kuantan dipercayai alami masalah enjin – PAT

“Sebagai tambahan, pihak polis juga menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal sekiranya ingin menghadiri sambutan hari kebangsaan di Dataran Putrajaya.

“Orang ramai digalakkan menggunakan kemudahan pengangkutan alternatif yang disediakan oleh pihak penganjur seperti ‘shuttle bus’ dan ‘water taxi’ untuk keselesaan serta menjimatkan masa perjalanan,” katanya lagi.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian hotline polis Putrajaya di talian 03-8886 2222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This