BMT RM9.7 juta buat peneroka tanaman getah Felda

Dari Penulis

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM9.7 juta kepada 12,138 peneroka tanaman getah Felda yang layak di seluruh negara, antara bulan Januari dan Mac ini. 

Jabatan Komunikasi Strategik Felda dalam kenyataan hari ini berkata, setiap peneroka berkenaan akan menerima bantuan RM800, yang akan disampaikan menerusi tiga fasa, dengan fasa pertama pada bulan ini, manakala fasa kedua bulan depan, dan fasa ketiga pada bulan Mac.

Menurutnya, bayaran fasa pertama dan kedua masing-masing melibatkan nilai RM300 manakala fasa ketiga RM200, dan semua bayaran ini akan dibuat secara terus ke akaun bank peneroka terlibat.

Baca lagi: Nasib warga Felda terus diberi tumpuan dalam PN BEST

Peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan ini terdiri daripada mereka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah Felda, mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah serta mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama Felda.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh serta mencerminkan komitmen Felda untuk terus memberikan bantuan secara bersasar kepada kategori peneroka yang terkesan” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This