CADANGAN untuk memansuhkan atau mengurangkan pencen anggota Kabinet adalah tidak munasabah kerana perkara berkaitan pencen termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ada yang uar-uarkan kononnya Kerajaan Perpaduan ini akan menimbangkan untuk mengurangkan pencen, itu tidak munasabah kerana isu ini soal perlembagaan dan harus diteliti dan dirujuk semua pihak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad hari ini dilaporkan berkata kerajaan mampu menjimatkan RM100 sehingga RM150 juta perbelanjaan negara setiap tahun sekiranya pencen bekas anggota Kabinet dimansuhkan.
Baca artikel berkaitan: Tak sekat, tapi perketat kemasukan pelancong luar termasuk dari China – Anwar
Menurut Noor Amin, berdasarkan sistem semasa negara dan jumlah bekas Kabinet yang layak menerima pencen, kos yang ditanggung untuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen adalah RM100 hingga RM150 juta setahun.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setakat ini tindakan yang boleh dilaksanakan sebagai langkah penjimatan adalah bekas menteri yang mendapat kemudahan kereta, dibatalkan.
“Setakat ini, (langkah) itu lebih baik (kerana) melibatkan peraturan pentadbiran dan tidak melibatkan Perlembagaan,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

