Langkah London: Ismail Sabri dakwa difitnah oleh pihak tak kenal dosa

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa, dirinya menjadi mangsa serangan fitnah oleh pihak yang tidak mengenal dosa apabila dikaitkan dengan ‘Langkah London’.

Naib Presiden UMNO itu berkata, sejak berakhirnya pilihan raya umum, beliau berdiam diri untuk mengelak daripada menjadi mangsa sebarang fitnah atau spekulasi.

“Saya berdiam diri sejak selepas PRU-15 sehingga kini. Tak ada sebarang kenyataan mengenai UMNO dibuat, tiada kenyataan mengenai kerajaan juga.

“Tujuan saya adalah supaya tiada spekulasi dan fitnah yang mengaitkan saya, tapi pemfitnah yang tidak mengenal dosa ini masih terus mengaitkan saya.

“Sebab itu saya menganggap (tuduhan) ini merupakan tindakan fitnah yang berniat jahat,” katanya seperti dilapor Malaysiakini, hari ini.

Baca artikel lain: Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud gerakan rahsia dalam cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan membabitkan beberapa pemimpin politik.

Ini termasuk daripada UMNO dan beberapa orang pemimpin pembangkang.

Mereka didakwa, mengadakan pertemuan rahsia di London baru-baru ini dan dituduh sedang mengatur gerakan bagi membuat penjajaran semula politik negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This