Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi daging yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang rusuk
6 cawan beras PUSA
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
4 sudu makan rempah kari
daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 biji tomato
3 sudu besar minyak masak
Daun ketumbar secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus tulang rusuk sehingga empuk dahulu.
2.Kemudian tumis bahan yang telah dikisar seperti halia, bawang putih dan bawang merah.
3.Selepas itu masukkan pula buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
4.Masukkan pula rempah kari daging dan kacau sehingga masak.
5.Kemudian masukkan tulang rusuk, biarkan seketika. Selepas itu masukkan tomato yang dipotong enam dan juga daun ketumbar.
6.Selepas masak, masukkan ke semua bahan tadi ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibasuh. Masak nasi seperti biasa dengan menggunakan air rebusan daging. Jika tidak mencukupi boleh gunakan air biasa.
7.Setelah masak, hidangkan dan sedia untuk dimakan.
*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
@majalahsaji Simple dan mudah. Jom cuba! #roastedpotatoes #kentang #resipimudah #resipitiktok #fyp #foryou โฌ River Flows in You – Yiruma
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

