Sedapnya Terung Bakar Berempah, Rugi Tak Cuba

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Resipi simple ini, enak. Rugi kalau tak cuba. Hidangan ini diolah dengan gabungan rempah ratus, mewujudkan aroma yang memikat rasa, malah menyihatkan. Kalau kena gaya, sedap di tekak sepinggan nasi tak cukup.

  • BAHAN
  • 4 batang terung panjang
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 labu bawang  besar – cincang halus
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 kuntum bunga cengkih – tumbuk
  • 1 tangkai cili hijau – cincang
  • 1 tangkai cili  merah – cincang
  • 3 biji tomato – celur, buang kulit dan cincang kasar
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ sudu kecil serbuk kayu manis
  • ½  biji lemon 
  • 2 tangkai daun parsli – cincang
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN

1. Potong terung secara memanjang.  Korek isi terung dan cincang lumat. Batang terung jangan dibuang, ketepikan.

2. Kemudian rebus isi terung, di dalam air mendidih selama dua minit. Angkat  dan tuskan.

3. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daun parsli, isi terung, tomato, cili hijau, cili merah, kayu manis, garam dan lada hitam. Masak selama 5 minit.

4. Masukkan jus lemon dan gula secukup rasa. Susun batang terung di dalam dulang,  masukkan isi terung yang telah ditumis.

5. Tutup dulang dengan kertas aluminium. Kemudian bakar di dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 190°C.  Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This