Presiden UMNO beri bayangan pemilihan sebabkan perpecahan – Penganalisis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi bayangan perwakilan perlu berfikir secara mendalam sebelum memutuskan sama ada pemilihan pucuk pimpinan wajar diadakan atau tidak.

Ini kerana dipercayai pemilihan akan mengakibatkan berlakunya pertembungan yang berkemungkinan mengakibatkan ‘perpecahan’ pada ketika usaha giat dijalankan untuk memperkukuhkan parti.

Perkara itu bukan lagi rahsia susulan daripada wujudnya spekulasi ‘Langkah London’ melibatkan pemimpin utama UMNO dan pembangkang.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, Ahmad Zahid memberi gambaran jalan ‘perdamaian’ atau tidak ada pemilihan adalah lebih baik.

Dalam masa sama, katanya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga memberi gambaran jelas sama sekali tidak akan berundur dan bersedia mempertahankan jawatan.

“Datuk Seri Zahid Hamidi membayangkan bahawa pemilihan ini mungkin akan menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, keadaan yang tidak begitu baik sebab akan ada pertarungan.

“Bayangannya macam itu, maksudnya dia nak kalau boleh kita nak perdamaianlah, tidak ada pertandingan itu lebih baik buat masa sekarang.

“Tapi kalau orang cabar dia, dia sanggup pertahan, dia sanggup lawan, begitu maksud dia,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Biar 160,000 perwakilan tentukan kepimpinan UMNO – Zahid Hamidi

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, kedudukan kepimpinan UMNO perlu ditentukan 160,000 perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 nanti.

Katanya, hak untuk menentukan kepimpinan UMNO merupakan kuasa mutlak setiap perwakilan.

Mazlan menambah, PAU 2022 akan menjadi medan untuk menerangkan keputusan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan.

Katanya lagi, ia sedikit sebanyak akan menggembalikan semula sokongan terhadap Ahmad Zahid yang berjaya menyelamatkan UMNO daripada ancaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kumpulan Zahid ini akan meyakinkan(perwakilan di PAU), dia akan cuba meyakinkan perwakilan kenapa mereka bersama PH. Sebab sentimen di dalam UMNO adalah anti DAP.

“PAU menjadi medan meyakinkan pemimpinan Presiden, jadi Zahid ada hujah mengapa kita bersama PH untuk survival UMNO,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This