Biar 160,000 perwakilan tentukan kepimpinan UMNO – Zahid Hamidi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEDUDUKAN kepimpinan UMNO yang menjadi topik hangat dalam arena politik negara ketika ini perlu ditentukan 160,000 perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 nanti.

Itu penegasan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kewajaran jawatan tertinggi dalam parti dipertandingkan atau tidak.

Ahmad Zahid yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan yakin berkata, hak untuk menentukan kepimpinan UMNO merupakan kuasa mutlak setiap perwakilan.

“Saya mempunyai pendirian bahawa kuasa untuk menentukan kepimpinan terletak pada kuasa dan suara perwakilan di seluruh negara.

“Terdapat hampir 160,000 perwakilan yang mewakili cawangan untuk menentukan sama ada kepimpinan sedia ada atau pun kepimpinan yang berubah, untuk kita pastikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan dalam pentas politik negara.

Maka kuasa mutlak itu adalah kuasa perwakilan,” katanya pada sidang media Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.

Baca lagi: Cadangan tidak mempertandingkan jawatan Presiden perlekeh kebolehan Zahid Hamidi – Nadhirah

Terdahulu, UMNO kelihatan terbahagi kepada dua blok menjelang PAU 2022, blok yang mahu jawatan Presiden tidak dipertandingkan dan blok yang mahu semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan.

Terbaharu, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar menegaskan mempertandingkan jawatan tertinggi dalam UMNO termasuk Presiden adalah peluang baik kepada Ahmad Zahid membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti akar umbi untuk terus menerajui parti.

Dengan nada yang sama, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Ismail menegaskan UMNO akan ditimpa mudarat sekiranya jawtaan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

adikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Urusan hutang punca pergaduhan tular di Jinjang Utara, 13 individu ditahan polis

PERTIKAIAN melibatkan urusan hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, kelmarin dengan video kejadian itu turut...

More Articles Like This