TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. GAMBAR: Abd Razak Aid

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perbelanjaan dana melibatkan beberapa pakej rangsangan ekonomi sejak 2020 yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini dilaksanakan secara telus.

Zafrul, yang juga bekas Menteri Kewangan ketika itu berkata, bagaimanapun, beliau sedia bekerjasama jika dipanggil berhubung dakwaan penyelewengan dana tersebut.

“Tidak ada apa-apa yang tidak kena (melibatkan pengurusan dana). Tapi saya sedia untuk bekerjasama sekiranya dipanggil oleh agensi berkaitan. Kami sangat telus.

“Seperti saya katakan, kita ada laporan mingguan (Laporan Laksana). Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Laporan itu diserahkan kepada media, malah orang awam juga boleh mendapatkannya,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama CNBC pada Khamis, lapor Astro Awani.

BERITA BERKAITAN Dana RM600 bilion: SPRM sahkan buka kertas siasatan

Zafrul pada masa sama turut mengesahkan beliau belum dipanggil oleh mana-mana agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan penyelewengan dana tersebut.

Bulan lepas, SPRM memaklumkan fokus siasatan pihaknya berhubung dakwaan salah guna dana oleh kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini akan tertumpu kepada RM92.5 bilion yang dibelanjakan untuk pengurusan Covid-19

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, Kementerian Kewangan telah mengakui beberapa pelanggaran serius prosedur melibatkan dana itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram