Ikan Susu Banyak Tulang, Tapi Isinya Lemak Dan Lembut

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Ikan susu sejenis ikan bertulang banyak, dan mempunyai rasa lemak serta isinya yang lembut. Ia seperti ikan terubuk, tetapi sisiknya lebih berkilat dan kecil. Bentuk badannya agak panjang berbanding ikan terubuk. Ikan susu popular di Filipina, Taiwan dan Indonesia.

Di Hawaii ikan ini dinamakan awa, dan bangus di Filipina. Manakala di Indonesia pula, dipanggil ikan bandeng.
Ikan susu ini boleh membesar sehingga 5 kaki, tetapi kebiasaannya ia boleh mencecah 39 inci sahaja. Ia hidup di Lautan India,

Lautan Pasifik dan pada waktu usia kecilnya ia banyak hidup di kawasan berpaya, kawasan bakau dan tasik, sebelum menghabiskan masa dewasanya di dalam laut. Ikan susu ini enak dimasak asam rebus, pindang, asam acar, goreng berlada, pais, bakar mahupun dikukus.

Ikan Susu Kukus Serai

BAHAN

1 ekor ikan susu

4 helai daun salam

1 biji lemon

3 sudu besar sos ikan

1 sudu besar gula

4 helai daun kunyit

BAHAN HIRIS

7 ulas bawang putih

4 batang serai

6 cm halia

11 tangkai cili padi

CARA PENYEDIAAN

1. Lapikkan daun kunyit di atas pinggan. Kemudian letakkan daun salam dan ikan susu di atasnya.

2. Gaulkan ke semua bahan hiris dengan gula, sos ikan dan lemon.

3. Letakkan ke semua bahan hirisan di atas ikan susu. Kemudian bungkus ikan dengan daun kunyit. Diikuti dengan kepingan

aluminium.

4. Bakar di atas kuali dan kalau boleh kuali hendaklah ditutup bagi menghasilkan wap. Boleh juga jika dikukus.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This