SEORANG murid Orang Kurang Upaya (OKU) terpaksa menahan kesakitan selama 30 minit selepas kaki kirinya tersepit penutup longkang.
Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Desa Petaling, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9 pagi sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi Rosuhili Mohd Taharim tiba di lokasi dan mendapati mangsa ialah seorang murid perempuan berusia 16 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Kaki lelaki terjuntai tersepit lif
Anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa dengan menggunakan peralatan ‘power unit’.
“Mangsa mengalami cedera ringan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menerima rawatan lanjut”.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

