GOPOH. Itu yang boleh ditaksirkan terhadap cubaan sekumpulan ahli politik di Sabah menjatuhkan pentadbiran Kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Manakan tidak, dalam keadaan ekonomi yang baharu sahaja mahu stabil, tetapi ada tangan-tangan ghaib yang membuat percaturan untuk memperoleh kuasa untuk mentadbir kerajaan negeri.
Perkara itu menurut Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai adalah tidak wajar kerana akan menyebabkan ketidakstabilan politik di negeri Bawah Bayu itu.
Tegas beliau, tumpuan ketika ini seharusnya diberikan kepada langkah mempercepat serta mempergiat usaha membangunkan negeri dan memfokus kepada usaha memperkukuh perpaduan.
“Janganlah kita mengganggu-gugat usaha yang baik dan produktif kerajaan semasa. Amat dikesali terdapat pihak yang dilihat tidak henti-henti cuba menggugat kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu itu dalam kenyataan malam tadi.
Baca lagi: Politik Sabah bergolak: Cubaan jatuhkan Hajiji gagal
Joniston berkata, di bawah kepimpinan Hajiji yang berwibawa, Sabah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa termasuk mencatatkan hasil negeri tertinggi sebanyak RM6.6 bilion pada 2022.
“Selain itu, peruntukan tahunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri tahun ini telah dinaikkan kepada RM3 juta dengan RM2.5 juta diperuntuk bagi projek kecil manakala RM500,000 untuk program touch point,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan komplot untuk menukar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor gagal dan menemui jalan buntu pada petang semalam.
Cubaan yang digelar ‘Langkah Kinabalu’ itu dikatakan ada kaitan dengan gerakan daripada pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN).
Difahamkan petang semalam, dua sidang media berasingan dari Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dijadual berlangsung.
Bagaimanapun, kedua-dua sidang media dibatalkan tanpa perincian lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

