SELEPAS kemelut berpanjangan di Perlis, Majlis Tertinggi (MT) UMNO akhirnya membuat keputusan untuk menggantung UMNO Bahagian Arau yang melanggar Perlembagaan parti.
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil memaklumkan, MT UMNO akan melantik ketua pentadbir bagi bahagian tersebut secepat mungkin selepas perbincangan dilakukan.
“Kita akan lantik ketua pentadbir secepat mungkin. Senarai calon itu akan dibincangkan…keputusan Majlis Tertinggi adalah menggantung mereka atas sebab-sebab disiplin melanggar Perlembagaan UMNO,” katanya memetik laporan Bernama.
Terdahlu, Ketua UMNO Bahagian Arau sebelum ini, Datuk Seri Shahidan Kassim dan isterinya yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Seri Shamsiah Yassin dilucutkan keahlian UMNO selepas melanggar perlembagaan parti.
Baca lagi: UMNO gugur keahlian empat ahli termasuk Shahidan, Zahidi
Sementara itu, Isham memaklumkan rayuan bekas ahli MT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk membatalkan penggantungan keahliannya ditolak.
Jelas beliau, penggantungan Tajuddin yang sebelum ini mencetus pelbagai kontroversi telah berkuat kuasa bermula semalam.
“Ada rayuan daripada Datuk Tajuddin…hari itu dia digantung jadi rayuan dia telah ditolak. Penggantungan berkuat kuasa hari ini,” katanya.
Untuk rekod, pada 2 Okt tahun lepas, media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau serta bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin digantung keahlian parti selama enam tahun.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi akaun Twitternya berkata perkara utama yang dibincangkan pada mesyuarat MT malam ini adalah berhubung perincian jadual Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Jan ini.
Beliau berkata taklimat Presiden akan diadakan pada 2.30 petang, 11 Jan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

