Buku Kata Ku Seman ajak rakyat amati 96 tulisan isu-isu besar, berat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

REMAJA sekarang tidak sematang Rosli Dhoby pada usia sama yang sudah berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajahan British.

Keghairahan mempertaruhkan golongan ini dalam menentukan masa depan negara menerusi undi 18 dilihat tidak bersesuaian ekoran wujud kebimbangan mereka dipengaruhi oleh pihak berkepentingan.

Itu antara perkara dikupas oleh bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menerusi bukunya bertajuk Kata Ku Seman yang kini berada di pasaran.

Ku Seman berkata, buku terbitan Putih Rona Dagang (PRD) itu adalah himpunan karya kewartawanan beliau yang dihasilkan dalam tempoh 2018 hingga 2021.

Katanya, 96 buah tulisan yang dihasilkan dalam bentuk satira dan pojok adalah sudut pandang beliau terhadap pergolakan sosial dan politik, sama ada di dalam atau luar negara.

Katanya lagi, semua usaha ini bertitik tolak kepada cubaan untuk membina gaya pemikiran matang dalam kalangan rakyat berhubung sesuatu isu atau permasalahan.

Antara tulisan yang menarik perhatian Di mana kuasa lunak kita di peta dunia?, Sisi demokrasi yang dimanipulasi dan Kenapa takut satu sekolah?.

“Sekarang kita berada di zaman limpahan maklumat, semua yang masuk adalah berbentuk maklumat. Kita perlukan penulisan yang boleh mencetuskan kesedaran, benda itu tidak banyak di media sosial.

“Portal-portal dan surat khabar sekarang…kekurangan analisis…kita kena cari benda-benda yang boleh mengubah pemikiran dan beri makanan kepada jiwa,” katanya ketika ditemui pemberita, malam ini.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Buku Kata Ku Seman yang telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Jabatan Peguam Negara, Datuk Anas Ahmad Zakie.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Salleh Rahamad.

Buku Kata Ku Seman yang berharga RM50 hanya boleh didapati melalui dalam talian menerusi Facebook beliau Ku Seman Ku Hussain.

Ku Seman berkata, ketika ini beliau sedang menyiapkan penulisan berbentuk memo pengalaman ketika di kampung dan selepas berada di ibu negara untuk bertugas bersama Utusan Malaysia.

“Memo itu yang membawa pembaca mengikut perjalanan budaya, budaya kampung yang banyak orang tak tahu dan di Kuala Lumpur ini lebih kepada pengalaman berada di Utusan.

“Satu lagi sebuah buku wawancara saya dengan pengarah-pengarah filem, (berbentuk) soal jawab,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This