Datuk Seri Rafizi Ramli dilaporkan menyuarakan hasrat untuk berundur daripada jawatan Timbalan Presiden PKR dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya.
Bagaimanapun, sumber menolak dakwaan kononnya Menteri Ekonomi itu telah mengosongkan pejabatnya.
Memetik laporan Sin Chew Daily, penyokong setianya memaklumkan bahawa tindakan Rafizi itu berkait rasa tidak puas hati beliau terhadap sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.
Dalam laporan sama, sumber lain memberitahu bahawa hala tuju Rafizi akan lebih jelas sekitar awal Mei selepas sebuah syarikat audit luar negara mengaudit sistem pemilihan PKR dan mengemukakan laporan.
Katanya, Rafizi mencadangkan audit tersebut kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan suara tidak puas hati yang berterusan mengenai sistem pemilihan sedia ada.
Baca artikel lain: PRU2025 Singapura: 48 peratus mengundi setakat 12 tengah hari
Sebelum ini, beberapa cabang PKR telah mengadakan pemilihan semula yang menyaksikan perubahan keputusan iaitu Selayang di Selangor, Jempol di Negeri Sembilan dan Pasir Salak di Perak.
Tarikh pencalonan untuk MPP PKR juga telah dijadualkan semula daripada 3 dan 4 Mei kepada 8 dan 9 Mei.
Rafizi juga telah memohon cuti selama sebulan dan Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau akan bercuti sehingga 31 Mei ini.
Anwar menjelaskan tiada isu berbangkit berhubung Rafizi yang sedang bercuti panjang.
Katanya, permohonan cuti berkenaan adalah perkara biasa bagi seorang pekerja dan beliau juga sedang mencari masa yang sesuai untuk bercuti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

