UMNO Sabah menyatakan rasa kesal berhubung kemelut politik yang berlaku di negeri itu pada ketika rakyat masih bergelut dengan cabaran hidup.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, rakyat Sabah berhak berasa marah dengan situasi semasa setelah sekian lama bergelut dengan ketidaktentuan politik.
“Apakah tiada langsung, walaupun sekelumit perasaan simpati kepada rakyat Sabah yang sedang bergelut dengan cabaran kehidupan dan ekonomi? Takkan asyik berpolitik 24jam!
“Rakyat Sabah pun berhak mendapat kestabilan politik. Mereka berhak untuk mendapat ruang untuk bernafas dari semua kekalutan politik. Mereka marah, mual dan muak dengan politik.
“Kesabaran dalam berpolitik adalah tuntutan demokrasi. Ianya salah satu tiang seri demokrasi. Kalau tiada kesabaran, demokrasi akan pincang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Anwar tiba di Indonesia lawatan rasmi dua hari
Semalam, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan dibuat selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memecat Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah dan mengugut dengan mengumumkan rombakan Kabinet negeri.
Katanya, Hajiji sudah melanggar persefahaman yang dibuat di antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dibuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.
Berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO itu, kerajaan negeri pimpinan Hajiji mempunyai 42 kerusi daripada 79 kerusi keseluruhan termasuk enam kerusi ADUN dilantik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

