Anwar bilang, cuti anda akan berakhir, siap sedia – Maszlee

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memberi bayangan beliau bakal mempunyai peranan dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini selepas Anwar memberikan bayangan itu kepada Maszlee pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, Anwar memberitahunya supaya bersiap sedia kerana ‘cuti’ beliau akan tamat tidak lama lagi.

“DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bilang: “Just get ready, your sabbatical will soon be over!,” (Bersiap sedia, cuti sabatikal anda akan tamat tidak lama lagi),” katanya dalam hantaran itu.

Baca artikel berkaitan: [RASMI] PRU-15: Maszlee tersungkur, Hasni rampas Simpang Renggam

Mengulas lanjut, Maszlee yang juga salah seorang MPP PKR berkata parti itu berdiri teguh bersama Anwar untuk memastikan keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Pada masa sama, MPP PKR juga akan menyokong penerusan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Ahli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini,” katanya.

Bagaimanapun, Maszlee tidak memaklumkan secara lanjut peranan yang mungkin akan beliau mainkan dalam Kerajaan Perpaduan ini.

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar bersama Anwar sewaktu menghadiri mesyuarat tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Maszlee tidak berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam selepas tewas kepada Datuk Seri Hasni Mohammad dari Barisan Nasional (BN).

Hasni yang juga Menteri Besar Johor menang dengan majoriti tipis 1,821 undi.

Hasni yang kembali bertanding di kerusi Parlimen memperoleh 18,312 undi manakala Maszlee memperoleh 16,491 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu lori dijel sehari, denda RM8,000 selepas tunjuk isyarat lucah dan pandu berbahaya

MAHKAMAH Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari, denda RM8,000 selain lesen memandu digantung selama lima...

More Articles Like This