JABATAN Kemajuan Orang Asli (Jakoa) perlu meneliti dan memberi perhatian dalam pemilihan Tok Batin di samping pembangunan masyarakat Orang Asli di sesuatu perkampungan.
Demikitan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat pembangunan sosioekonomi dan kebajikan masyarakat Orang Asli.
Titah Sultan Johor, Orang Asli bukannya golongan terpinggir kerana Jakoa sentiasa memastikan golongan berkenaan terus membangun dan maju.
Namun begitu, Sultan Ibrahim mahu Jakoa perlu lebih peka khususnya berkaitan pentadbiran penempatan atau perkampungan masyarakat Orang Asli di mana Tok Batin atau penghulu turut memainkan peranan penting.
“Ia (pemilihan) perlu dipastikan dalam kalangan suku kaum, bukannya orang luar.
“Tok Batin yang dipilih juga perlu tahu fungsi serta peranan mereka. Pada masa sama, jangan ada pihak mengambil kesempatan dengan menghasut masyarakat Orang Asli,” titah Sultan Ibrahim.
Baca artikel berkaitan: Sultan Johor, Tunku Ismail zahir ucapan tahniah kepada Anwar
Baru-baru ini, Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani; Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan wakil Jakoa Johor serta Jakoa daerah Johor Bahru.
Baginda bertitah, masyarakat berbilang kaum yang hidup bersatu-padu menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor selama ini.
“Atas sebab itulah, perlunya peraturan-peraturan tertentu bagi mengawal keharmonian dan kesejahteraan ini, termasuk berkaitan pembinaan rumah-rumah ibadat.
“Saya menyeru semua rakyat mematuhi peraturan-peraturan ini demi kesejahteraan sejagat,” titah Baginda.
Sultan Johor juga menasihatkan masyarakat Orang Asli sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan penempatan masing-masing bertujuan memastikan aspek kesihatan sentiasa terjaga.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

