“Kami tidak akan maafkan Kazar kerana bantu anaknya kahwin….,” – Ibu Syamsul Yusof

Dari Penulis

PELBAGAI reaksi dilemparkan kepada Syamsul Yusof sebaik sahaja pengarah sensasi itu membuat pendedahan sudah bernikah lagi satu dengan Ira Kazar.

Malah, ibu kepada pengarah Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan itu, Datin Patimah Ismail turut meluahkan rasa terkilan selain berang dengan bapa kepada Ira yang juga aktor veteran, Kazar Saisi.

Ujar Patimah, tidak ada kemaafan buat Kazar kerana turut menjadi punca keretakkan rumah tangga anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana.

“Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka.

“Namun kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu,” luahnya.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak termasuk isteri dan ibu bapanya yang mengakui sudah berkahwin dengan Ira di Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam terkilan Syamsul Yusof tak bincang dulu nak nikah Ira Kazar, pesan jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak, [VIDEO] Puteri Sarah sifatkan Syamsul Yusof pengecut, rupanya dah setahun nombor telefon kena sekat – “Banyak kali saya tanya awak nak kahwin dengan dia ke tak…,” , Syamsul Yusof mengaku dah nikah dengan Ira Kazar, minta Puteri Sarah pulang ke rumah untuk selesaikan konflik rumah tangga

Malah, gambar pernikahan mereka turut tersebar termasuklah foto Kazar yang menjadi wali kepada anak perempuannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TV AlHijrah, MAIWP santuni 30 pelajar asnaf menerusi program Bangkit Asnaf 2026

PEMBANGUNAN modal insan dan suntikan motivasi berterusan menjadi kunci utama dalam usaha membebaskan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan tegar. Menyedari...

More Articles Like This