[VIDEO] Puteri Sarah sifatkan Syamsul Yusof pengecut, rupanya dah setahun nombor telefon kena sekat – “Banyak kali saya tanya awak nak kahwin dengan dia ke tak…,”

Dari Penulis

PELAKON Puteri Sarah Liyana menyifatkan suaminya iaitu pengarah, Syamsul Yusof sebagai pengecut kerana tidak pernah mengaku menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya dengan Ira Kazar.

Kata Puteri Sarah,38, selama empat tahun dicurangi, dia pernah meminta Syamsul untuk berkata jujur mengenai hubungannya dengan wanita berkenaan namun sebaliknya pengarah itu hanya menafikan.

“Kepada Mohd Syamsul, tindakan awak itu saya boleh katakan sebagai lelaki pengecut sebab dah kahwin baru nak keluar di media sosial dan salahkan saya.

“Kalau tak nak jumpa saya tak apa, awak patut bincang dengan ibu bapa kedua-dua pihak. Padahal banyak kali awak menafikan tak nak perempuan tu. Jadi sekarang ini hal dah jadi terbalik, henti salahkan saya,” katanya.

Puteri Sarah berkata demikian menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya bertujuan untuk memperbetulkan kenyataan dan beberapa fakta yang kurang tepat daripada pihak Syamsul.

Tambah Puteri Sarah lagi, dia sudah memberi banyak peluang kepada Syamsul untuk berterus-terang dan berbincang namun pengarah filem Munafik itu hanya mendiamkan diri.

“Pelik selepas empat tahun perkara in berlaku. Saya bagi peluang untuk awak bercakap tapi awak tak bercakap apa pun. Banyak kali saya tanya awak nak kahwin dengan dia ke tak?

“Tapi awak kata tak nak. Bukan dengan saya saja tapi depan ahli keluarga termasuklah sepupu semua, awak kata tak akan kahwin dengan dia (Ira).

“Sebab apa saya suruh kahwin? Sebab saya tak nak bersubahat dengan maksiat yang awak buat,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof mengaku dah nikah dengan Ira Kazar, minta Puteri Sarah pulang ke rumah untuk selesaikan konflik rumah tangga , Yusof Haslam terkilan Syamsul Yusof tak bincang dulu nak nikah Ira Kazar, pesan jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak

Dedah Puteri Sarah lagi, komunikasi dan perbincangan berkenaan isu rumah tangganya menjadi sukar apabila nombor telefonnya sudah disekat oleh Syamsul sejak setahun lalu.

Ujar Puteri Sarah, dia turut mempersoalkan kenyataan Syamsul yang mahu dia pulang ke rumah untuk berbincang mengenai isu rumah tangga mereka.

“Macam mana nak bincang kalau awak sekat nombor telefon saya? Dah setahun awak sekat…kalau awak ‘unblock’, saya boleh datang berbincang dengan awak di rumah.

“Awak tahu saya ada dekat mana…tinggal dengan siapa. Saya ada di rumah ibu bapa saya atau rumah ibu bapa awak.

“Bila awak datang ambil anak-anak, awak langsung tak nak berjumpa dengan saya. Di media sosial pun saya selalu ‘update’ pergerakan saya,” tegasnya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut mengulas mengenai tindakannya yang keluar rumah pada 2020 dan memilih untuk tinggal di rumah ibu bapanya disebabkan sering ditinggalkan seorang diri.

“Awak tiada di rumah dan tinggalkan saya terkontang-kanting uruskan anak-anak seorang diri.

“Saya tinggal di rumah ibu bapa saya dan kadangkala berada di rumah mama dan papa awak sebab saya perlu bantuan orang untuk menjaga dan membesarkan anak bersama. Tapi awak sentiasa tiada di rumah.

“Saya seorang diri dan terpaksa menjawab soalan anak-anak yang bertanya mana ayah mereka? Saya terpaksa berbohong dan beritahu awak kerja. Saya tak pernah aibkan awak berkenaan nafkah anak-anak. Bila media tanya, saya akan cakap Syamsul seorang ayah yang baik dan masih beri nafkah kepada anak-anak.

“Jadi, macam mana boleh kata saya buka aib awak tak bagi nafkah? Jangan kata saya buka aib. Awak tahu tak apa perasaan saya masa dalam pantang tengok video awak dengan perempuan tu, dia sengaja cetuskan provokasi terhadap saya,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This