Fenomena aneh, cecair yang membeku menjadi ais ketika musim panas

Dari Penulis

SECARA logik, cecair akan membeku dalam suhu yang terlalu sejuk. Tapi, berlainan dengan sebuah kawasan ini di mana cecairnya membeku dalam keadaan panas. Bunyinya memang ganjil dan seakan melanggar teori logik, namun ia benar-benar berlaku di sebuah gua yang terletak di perkampungan Appalachian di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Gua yang dikenali sebagai Coudersport ini didakwa telah terbentuk sejak sekian lama. Sejarah terperinci mengenainya kurang diketahui dengan jelas. Apa yang pasti, gua ini menyimpan keajaiban tersendiri di mana ia menghasilkan ais ketika musim panas.

Malah, keadaan juga berubah apabila tiba musim sejauk di mana cecair yang membeku itu akan berubah menjadi cair sepanjang tempoh dingin itu. Aneh bukan?

Lokasi gua yang cecairnya membeku pada musim panas.
Cecair di dalam gua membeku ketika musim panas, namun mencair apabila tiba musim sejuk.

Kebiasaannya ais membeku ketika musim sejuk dan cair pada musim panas. Tetapi sebaliknya yang berlaku di gua ini. Ketika musim panas, ais akan terbentuk dan membeku pada permukaan dinding. Ia dapat dilihat jelas menerusi pembentukan struktur jernih dan keras pada dinding yang wujud di sepanjang musim panas, sehingga sesiapa saja yang masuk ke dalam gua itu akan berasa seperti berada dalam musim sejuk.

Fenomena unik ini telah lama menimbulkan tanda tanya.  Saintis juga masih terus melakukan kajian terhadap misteri fenomena alam ini. 

Banyak teori yang dikaitkan dengan kejadian ini. Antara teori popular yang diperkatakan sehingga kini adalah kewujudan ais ketika musim panas disebabkan oleh suhu sejuk yang terperangkap pada celah-celah dinding gua.

Dikatakan udara sejuk yang terperangkap pada celah dinding akan keluar ketika musim panas tiba. Hal itu menjadikan pembentukan ais berlaku pada permukaan dinding gua meskipun suhu di luar membolehkan ais cair.

Penjelasan teori berkenaan sudah lama diterima dalam kalangan penduduk tempatan. Malah, ia turut menggamit ramai pengunjung ke gua ini untuk melihat sendiri fenomena unik itu sewaktu tibanya musim panas.

Keajaiban gua ini menjadi tarikan pengunjung.
Keadaan bawah gu yang diselaputi ais dari tempat pelantar pengunjung.

Berdasarkan laporan ‘Living on earth’, keunikan gua ini mula ditemui pada tahun 1984 oleh seorang pencari gali perak, John Dodd yang mendapati ais bukan sahaja terbentuk di dalam gua tetapi juga pada rekahan dinding.

Keunikan yang dimiliki menyebabkan gua ini dijadikan lokasi untuk menyimpan makanan segar seperti daging ketika musim panas. Keajaiban tersebut berterusan dalam masa yang panjang sehingga ia mula diketahui umum. Hal ini secara tidak langsung menarik kedatangan pengunjung bagi melihat sendiri fenomena luar biasa di sini.

Namun, pengunjung dilarang datang selepas gua Coudersport ditutup pada tahun 1989. Punca penutupan tidak diketahui. Selepas dua dekad ‘bersembunyi’ daripada perhatian umum, gua ini kembali dibuka pada tahun 2014 selepas kawasan ini dibeli oleh pemilik baru.

Gua Coudersport mempunyai ukuran panjang 10 kaki, lapan kaki lebar dan memiliki kedalaman sehingga 40 kaki. Walau bagaimanapun, orang ramai yang berkunjung ke sini hanya dibenarkan untuk melihat pembentukan ais melalui bahagian atas gua saja. Ia seolah-olah seperti binaan berbentuk terowong segi empat di bahagian atas yang dibuka untuk tontonan orang awam ke bahagian dalam gua. Biarpun kecil, namun cukup menampakkan struktur ais yang terbentuk pada permukaan dinding.

Menariknya, ketika berada di permukaan atas terowong kecil itu, pengunjung sudah dapat merasai suhu sejuk dari dalam gua. Jadi, tidak hairanlah cecair boleh membeku ketika berada di dalam gua berkenaan walaupun ketika musim panas.

Selain Coudersport, terdapat beberapa gua ais lain yang dilaporkan mengalami kejadian seperti ini terutama di kawasan Virginia Barat dan New York.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This